WeLcOMEE..!!!

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...selamat datang ke blog khas k16..diharap dengan wujudnya blog ini kita akan dapat merapatkan silaturrahim sesama kita sendiri serta dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi , selama kita berada di ipg kampus ipoh ini mahupun setelah tamat pengajian...:)

EnJoy YouRSelFF..!!

Wednesday, July 21, 2010

CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN

DEFINISI MURID KHAS ............ “ Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “. Chua Tee Tee, 1981


DEFINISI MURID KHAS “ ......... Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”. Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993


PUNCA-PUNCA 1. Genetik (Baka) Faktor genetik merupakan satu faktor yang paling besar mempengaruhi gangguan autisme. Biasanya kanak2 yang mengalami autisme mempunyai latarbelakang keluarga yang mengidap autisme. 2. Faktor alam sekeliling Leo Kanner 1943, berpunca dari sikap ibu bapa yang dingin, kurang mesra ketika bersama anak, sikap ibu bapa berpunca dari sikap anak yang tidak berinteraksi langsung terhadap mereka. (Victor) 3. Sebelum / semasa / selepas kelahiran pemakanan ibu, ubatan,/ kekurangan oksigen, kelahiran secara paksa/ penjagaan selepas kelahiran


MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PKBP) Autisme Hiperaktif/Hipoaktif Palsi Serebral Kerencatan akal Sindrom Down


MURID-MURID PKBP Bermasalah komunikasi Bermasalah emosi dan tingkah laku Kecacatan anggota Pintar cerdas Murid-murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah


CIRI-CIRI MURID PKBP DAN PERKEMBANGANNYA


Jenis-Jenis Kurang Upaya Kurang Upaya Pendengaran 2. Moderate - Pendengaran adalah di antara 41 hingga 70 dB, - Hanya mampu mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya, - Seseorang yang ingin berkomunikasi perlu bercakap kuat, - Pertuturan kanak-kanak ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad. 1. Mild - Pendengaran adalah di antara 27 hingga 40 dB, - Menghadapi masalah untuk mendengar bunyi yang perlahan atau jauh.


Jenis-Jenis Kurang Upaya 3. Severe - Pendengaran adalah di antara 71 hingga 90 dB, - Hanya mampu mendengar pada jarak antara sifar hingga 30.5 cm daripadanya, - Menghadapi masalah dalam pertuturan, - Bagi kanak-kanak yang pendengarannya lebih daripada 90 dB, kanak-kanak ini susah untuk mendengar, walaupun bunyi itu kuat. Kurang Upaya Pendengaran


Jenis-Jenis Kurang Upaya Kurang Upaya Penglihatan ( Dari Sudut Pendidikan ) 1. Low Vision - Cacat separuh atau kurang nampak, - Penglihatan adalah bernisbah kepada 6/20 kaki daripada murid normal, - Tidak dapat dibantu dengan cermin mata, - Dapat dibantu dengan alat bantuan optikal yang lain seperti kanta pembesar atau cetakan besar.


Jenis-Jenis Kurang Upaya Kurang Upaya Penglihatan ( Dari Sudut Pendidikan ) 2 Blind - Tahap penglihatan adalah sifar ( tidak nampak ), - Dapat dibantu dengan pengunaan Braille.


DOWNS SYNDROME 1. Downs Syndrome - Terjadi kerana kelebihan kromosom 21, - Lemah dalam pengawalan otot-otot, - Menghadapi masalah pernafasan, - 1 daripada 4 kes menghadapi serangan sakit jantung, - Mempunyai sifat-sifat penyayang, suka berkawan dan ceria.


SINDROM DOWN Rambut jarang dan lurus Muka leper Mata kecil dan senget ke atas Hidung kecil


SINDROM DOWN Lidah tebal Jari pendek dan lebar Kerencatan akal Bermasalah pertuturan


Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung Leher pendek Lelangit tinggi Cuping telinga tidak sempurna Garisan pada tapak tangan jelas SINDROM DOWN


AUTISME Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri


Kompulsif – tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa AUTISME


AUTISME Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial Pergerakan berulang-ulang


PALSI SEREBRAL Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal


PALSI SEREBRAL Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar


HIPERAKTIF Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran


HIPOAKTIF Tidak suka bergerak Lambat habiskan tugasan Bergerak perlahan Jarang bersuara


TUMPUAN PERHATIAN SINGKAT Attention Deficit Disorder (ADD) Attention Deficit Hyperactive Disorder ADHD) Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan


Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran


KERENCATAN AKAL 3 tahap kerencatan akal a. ringan b. Sederhana c. Teruk Masalah tingkah laku Masalah pengamatan


KERENCATAN AKAL Masalah sosial Mengambil masa yang lama untuk belajar sesuatu Masalah komunikasi Masalah pengendalian diri Lewat dalam semua aspek Sukar memahami sesuatu konsep


MASALAH EMOSI / TINGKAH LAKU Tidak boleh memberi tumpuan yang lama pada sesuatu aktiviti Pendiam dan pemalu Selalu bercakap banyak, meninggi diri atau suka menarik perhatian Dengki Cepat marah dan meradang


MASALAH EMOSI / TINGKAH LAKU Mencederakan diri sendiri dan orang lain Berkelakuan ganjil Tidak kenal bahaya Selalu menangis


MASALAH KOMUNIKASI Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran



Epilepsy + ( Mental Retardation ) - Menghadapi masalah serangan sawan, - Selalu mengantuk kerana ubat, - Serangan sawan yang tidak menentu. Russel’s Syndrome - Penyakit cepat tua, - Usia hayat tidak seiring dengan keadaan sebenar.


PERKEMBANGAN LAMBAT Kerencatan akal ringan Pencapaian kemahiran 3M rendah Tidak suka diberi tugasan yang banyak


PERKEMBANGAN LAMBAT Lemah dalam kefahaman bahasa Sukar memberi tumpuan perhatian Cepat lupa


PINTAR CERDAS Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya


PINTAR CERDAS IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan


DISLEKSIA 3. Dyslexia - Menghadapi masalah membaca, - Kekeliruan di antara konsep kiri dan kanan, - Tidak dapat mengenal / membeza turutan abjad dan nombor, - Tulisan yang sangat buruk.


BENGKEL Dalam kumpulan cuba kesan masalah yang dihadapi pelajar dan bina satu langkah pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.


Masalah 1 (DISLEKSIA) Seorang murid anda selalu memulis seperti di bawah :- Bcrita Hariau- Raud 18 Scdtcwpcr 1998 Scorauy uclagau di di Dulau Daujkor dcrgaya wcuaujkad scckor ikau dans gauy dcrnknrau liwa wcter daugauj.


MASALAH 2 Seorang murid anda menyalin latihan di papan hitam seperti berikut. Iralreb gincuk agit aud Ganleb gnickuis amas kan anam Irac uk helob agit aud gnaroes ugkic amas kan anam


MASALAH 3 Anda meminta seorang murid membaca ayat-ayat di bawah :- i. Kucing hitam lari laju ii.Buah durian ada duri iii. Emak beli talam Murid tersebut membaca seperti berikut i. Kucing hitan jari laju ii.Buah durian ada turi iii. Emak beli Salam


MASALAH 4 Anda menyuruh murid menulis ayat yang disebut oleh anda. Seorang murid anda telah menulis seperti di bawah :- i. Cku Ali luka ii. Ayam jantan ada tag iii. Baju Kakak bru iv.Ibu bawa bald


MASALAH 5 Abu ialah murid pend khas, Untuk bergerak dia menggunakan kerusi roda kerana ia mengalami penyakit neurologi yang makin teruk,bahasa dan pertuturannya berkembang pada tahap normal di masa tadikanya, akhir ini pertuturan dan pemahaman bahasanya merosot dengan ketara. Apakah jenis kategori pelajar ini dan berdasarkan kelebihan atau kekurangannya rangka satu rancangan pengajaran yang sesuai untuk Abu .


MASALAH 6 Fatimah merupakan seorang murid yang aktif bergerak dan tumpuannya terlalu singkat.Dia mudah bertindak balas apabila namanya dipanggil, kadang-kadang dia boleh mengikut arahan yang mempunyai 2 perkataan.Pendengaran dan kesihatannya adalah pada tahap yang baik, walaupun perkembangan keseluruhannya agak lewat. Apakah masalah murid ini? Rangka satu rancangan mengajar berdasarkan kelebihan atau kekurangannya?


MASALAH 7 Berdasarkan pemahaman kamu tentang pelajar Masalah Pendengaran, cuba rangka satu rancangan pengajaran untuk pelajar ini.


MASALAH 8 Berdasarkan pemahaman kamu tentang pelajar Masalah Penglihatan, cuba rangka satu rancangan pengajaran untuk pelajar ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.