WeLcOMEE..!!!

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...selamat datang ke blog khas k16..diharap dengan wujudnya blog ini kita akan dapat merapatkan silaturrahim sesama kita sendiri serta dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi , selama kita berada di ipg kampus ipoh ini mahupun setelah tamat pengajian...:)

EnJoy YouRSelFF..!!

Wednesday, July 21, 2010

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang
upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak- kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu3 mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalamAkta
Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya”. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak- kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
4 • Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
• Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh
melalui peraturan-peraturan menetapkan: • Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. • Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas • Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas. • Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.