Gangguan kuasa luar/ makhluk asing
Sejarah histeria yang dikatakan sudah wujud lebih 2,000 tahun itu sendiri bersifat misteri tanpa ada satu pun penerangan jitu yang dapat dikaitkan dengan kejadian histeria.
Histeria seringkali menjadi perdebatan dalam sejarah dunia perubatan kerana usaha mengenal pasti punca histeria juga banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.
Ada budaya yang melihat punca histeria ada kaitannya dengan kemasukan dan gangguan kuasa luar. Pandangan lain mengaitkan histeria dengan gangguan seksual dan spiritual, selain daripada faktor gangguan tubuh badan dan minda.
Teori mengenai kejadian histeria juga berbeza. Pakar perubatan tentunya mempunyai teori tersendiri mengenai penyakit ini.
Ahli terapi seperti tokoh psikoanalisis, Sigmund Freud mengaitkan histeria dengan pengalaman traumatik seksual semasa zaman kanak-kanak. Rumusan yang dibuat oleh Freud berdasarkan kajian-kajian kes ke atas pesakit-pesakit beliau.
Salah satu daripada buku yang menceritakan dengan mendalam mengenai histeria dari sudut psikologi ialah buku Studies on Hysteria yang diterbitkan pada tahun 1985 oleh Sigmund Freud dan Josef Breuer.
Buku ini mengandungi hasil kajian kes kedua-dua ahli terapi tersebut ke atas klien mereka yang menghidap histeria. Antara buku lain mengenai histeria ialah Dora: An Analysis of a Case of Hysteria.
Antaranya ialah kes Anna O (nama samaran bagi Bertha Pappenhein) yang merupakan kes pesakit mereka yang paling terkenal dan telah memulakan satu teknik psikoterapi yang digemari iaitu psikonalisis sebagai satu bentuk rawatan dan penyembuhan.
Buku ini ketika mula diterbitkan tidak diterima dengan baik oleh masyarakat komuniti perubatan di Eropah. Selepas beberapa tahun barulah teknik psikoanalisis diterima sebagai alat dalam bidang psikoterapi yang sah.
Dua perbezaan pandangan mengenai penyakit histeria wujud. Satu pandangan dilihat dari sudut neurofisiologikal manakala satu lagi dari sudut psikologikal. Breuer memilih kaedah neurofisiologikal manakala Freud pula lebih cenderung melihat penyakit histeria dari sudut psikologi.
Anna O, kes pesakit histeria Breuer adalah seorang wanita keturunan Yahudi Austria. Kes beliau sangat menarik untuk dikaji kerana ia melibatkan banyak elemen dalam teori psikoanalisis terutama sekali yang melibatkan pengalaman seksual yang traumatik, Anna menghidap simptom batuk, lumpuh sebelah bahagian kanan badan, mengalami gangguan penglihatan, pendengaran dan pertuturan.
Anna juga mengalami halusinasi dan kadangkala hilang ingatan. Secara diagnosisnya, beliau menghidap histeria.
Seperti yang dikatakan, rawatan Anna adalah permulaan kepada teknik psikoanalisis. Teknik lain seperti perkaitan bebas adalah teknik yang digunakan selepas Anna dan Breuer memberhentikan sesi terapi atas sebab yang akan dibincangkan nanti. Teknik ini bersifat katarsis di mana Anna akan bercakap apa sahaja yang terlintas di fikirannya.
Konsep penting dalam psikoanalisis yang dipanggil transferens juga wujud. Transferens berlaku apabila perasaan pesakit/klien terhadap seseorang yang penting dalam hidupnya dipindahkan kepada ahli terapi yang merawatnya.
Melalui transferens Anna terhadap Breuer (ahli terapinya), Anna membayangkan dirinya mengandung anak Breuer. Imaginasi dan fantasi Anna seolah-olah satu realiti di mana menyebabkan beliau turut mengalami simptom-simptom orang mengandung seperti merasa loya dan pening-pening.
Atas sebab etika, Breuer berhenti merawat Anna. Anna akhirnya sembuh dan menjadi pejuang pergerakan wanita yang berjaya.
Kurang kawalan ke atas emosi dan tingkah laku
Ada pandangan yang mengatakan histeria adalah kecelaruan mental yang dihasilkan daripada kemurungan yang tinggi. Penyakit ini dicirikan oleh kekurangan kawalan ke atas tingkah laku dan emosi diri. Sering kali histeria menyebabkan luahan emosi yang keterlaluan seperti menjerit-jerit.
Histeria dilihat sering menyerang wanita. Ini tidak menghairankan kerana perkataan hysteria itu sendiri berasal daripada perkataan hystron, yang bermakna rahim wanita. Kedudukan rahim dalam tubuh wanita boleh mempengaruhi emosi dan minda.
Pada zaman pertengahan, penyakit histeria dikaitkan dengan unsur-unsur gangguan hantu atau makhluk halus, permainan ahli sihir dan juga sikap fanatik sesetengah ahli agama. Kemudian ia dikaitkan dengan penyakit wanita.
Histeria juga dilihat sebagai satu bentuk kecelaruan neurotik yang lazimnya bermula di peringkat remaja dan awal dewasa dan lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki
Berbalik dengan kejadian pelajar-pelajar sekolah yang diserang histeria, tentunya kita amat berminat untuk mengetahui punca kepada kejadian histeria tersebut.
Apa pun, kejadian ini tidak boleh dibiarkan lama berlaku kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi dan fizikal pelajar. Punca sebenar kejadian histeria yang menyerang pelajar-pelajar terbabit perlu dikenal pasti supaya sebarang rawatan akan benar-benar berkesan.
Kejadian sebilangan pelajar sebuah sekolah di Kuantan yang diserang histeria terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu tentu sekali menuntut kita untuk melihat kepada punca dan kaedah mengubati penyakit histeria pelajar-pelajar ini.
cRnLa;)
aper2 jer la yg ko msok kn ................
ReplyDeletexder kner mengena nan subj kiter la
skadar menambah pengetahuan bha..:D
ReplyDeleteskadar menambah pengetahuan bha..
ReplyDelete